Saturday, January 15, 2011

Zaman Anak Dara Sunti

sambung yg td.lepas aku dapat result yg agk cemerlang utk UPSR aku,akupun terus meneruskan karier aku sbg pelajar di sekolah menengah kebangsaan sri andalas.x jauh.sebelah sekolah rendah aku je.dan disebabkan keinginan aku yang meronta-ronta untuk duduk di asrama,ayah aku pun menukarkan aku ke sekolah berasrama.walaupun x berape nak penuh,at least aku dapat experience dok asrama.lantas aku pun bersekolah di sekolah menengah kebangsaan telok panglima garang.same sekolah dengan abang aku.pengetua suruh aku amek aliran bahasa arab.tapi disebabkan aku mendapat keputusan yang agak cemerlang untuk bahasa arab,aku pun menolak tawaran itu.aku takut classmate aku yang lain tergugat dengan ke'terer'an aku dalam bahasa arab.haha.bahasa arab aku dapat c kot.59%.pemeriksa memang sangat teliti bile memeriksa paper bahasa arab aku sampai aku dapat 59%.1 markah je kot.huhu.tapi nasi dah jadi bubur.lalu,aku pun meneruskan kehidupan aku sebagai seorang pelajar asrama.


dan apabila aku berade di sana,aku sedar yang aku sudah terkene dengan satu penyakit yang agak marabahaya.KEJUTAN BUDAYA.sebelum ni aku bersekolah di kawasan yang dikategorikan sebagai bandar.sekarang ni aku berade di kawasan luar bandar.tapi masih berade di wilayah celcom.dan disinilah aku kenal dgn kakak angkat aku.nemenye KALIMAH BT NAZARI.die dah jadi mak org k.(anak akak comel sgt).tak percaye yang kakak angkat aku dah jadi mak budak.suke bile tgk die membebel.haha.dan disinilah aku mengulangi pencapaian aku semasa di UPSR.alhamdulillah,aku dapat 8A.aku rindu dengan kawan-kawan aku mase di 3 ELITE.memang elite la kitorang.
suke bile aku tgk A berderet kat slip aku.hehe.time ni aku top 5 kat sekolah aku.time ni memang aku berada di atas

aku ingat aku boleh keluar dari sekolah ni lepas pmr.tapi nampaknye aku xde rezeki.aku tak mengeluh.ye ke?mase aku form 4 aku memang meng'aktif'kan diri aku untuk koko.semua bende aku masuk.mase form 5 pun same.memang aktif la.sampai study pun agak cukup-cukup makan je.dan time ni la aku dah pandai ade hati.(macam sebelum ni aku takde hati?)maksud aku,"puppy love".cinta anak anjing.aku mulakan aktiviti ni mase aku form 4.sape orangnye?ntahla.aku pun wat2 tak ingat.haha.dan disebabkan inilah aku dapat result yang agak TERUK untuk SPM aku.nak tau x aku dapat bape?
time ni memang kecewa abes.aku target 8A.tapi?4A1,2A2,1B4,3C5,1C6.start dari sini aku dah tak nak ber'target' untuk result aku.sampai la sekarang.kalau orang tanye aku pasal target,aku just jawab aku target yang terbaik je.time aku amek result ni,aku terus nanges kat situ gak,kat depan cikgu2 lak tu.nasib baik mak aku ade kat situ pujuk aku.huhu.aku peluk mak aku,n terus nanges sebab aku dah kecewekan mak aku.
impak dari result yang aku dapat ni,aku susah nak dapat offer sambung study.memang sedih.orang lain dapat offer masuk matrix,aku x dapat.orang lain dapat offer upu,aku tak dapat.time ni aku ber'kapel' ngan sorang mamat ni.lagi la aku sedih sebab die dapat result gempak.semua offer yang aku tak dapat,die dapat.malu lak bile ingat aku nangis kat die time aku tak dapat offer matrix.tapi,last2 die pilih g program asasi.aku?alhamdulillah,untuk rayuan aku dapat offer untuk diploma sains geomatik kat uitm arau,perlis.tapi aku memang tak pergi la.family aku pun x sokong aku amek offer ni.then,aku dapat lak offer untuk program 2 tahun,kolej matrikulasi negeri sembilan.aku tanye 'si die'ok x kalau aku amek offer ni.die pun sokong aku g matrix.xpelah kalau lambat pun.at least aku dapat tebus kesilapan aku time spm.
memang pengajaran bergune untuk aku.semoge aku terus berjaye.amiin.....




No comments:

Post a Comment