Friday, November 8, 2013

Tidak Pernah Sempurna

Assalamualaikum wbt.

aku tahu dan aku sedar.yang dunia ni tidak pernah adil.banyak persoalan dalam kepala.tapi persoalan tu memang tidak pernah akan terjawab.mungkin.apa yang aku fikirkan?

manusia berlagak tuhan.hanya fikir diri sendiri sahaja yang betul.hanya fikir diri sendiri sahaja yang teraniaya.hanya fikir diri sendiri sahaja yang fikir orang lain buat salah padanya.hanya fikir diri sendiri sahaja yang terasa atau sentap atas orang lain.hanya fikir orang lain sahaja yang cakap besar.hanya fikir orang lain sahaja yang malas.hanya fikir orang lain sahaja yang berkira.hanya fikir orang lain sahaja yang annoying.hanya fikir orang lain sahaja berlagak pandai.hanya fikir orang lain sahaja yang buat bising.hanya fikir orang lain sahaja yang menipu.haishh...banyak la.tak terkira.

kalau kita fikir macam tu,reflek balik pada diri kita.kita terasa dgn orang.pernah tak kita buat orang lain terasa?pernah tak kita bercakap macam kita shaja yang betul?pernah tak kita bercakap besar?pernah tak kita rasa malas?pernah tak kita buat orang lain annoyed?pernah tak kita berkira dgn orang?pernah tak kita buat orang lain x selesa?kalau anda cakap tak pernah,anda memang penipu.aku mengaku,aku selalu buat semua benda di atas.dan ya,aku juga berjumpa dgn ramai orang seperti statement di atas.tp sayangnya,ada yang x mengaku.tapi nak wat macam mana.dunia ni kan memang x adil.nasihat menasihati tu memang bagus.memang dituntut.tapi itu sekadar di facebook atau blog sahaja.kalau kita rasa orang tu buat salah pada kita,apa salahnya menegur secara berhadapan?oo...takut terasa.tapi kalau tulis kat facebook orang tu x terasa ke?

yang paling parah,kalau keburukan orang lain disebarkan ke orang lain sampai orang lain pandang serong terhadap individu itu.padahal individu tersebut clueless,tak tahu apa-apa.kalau ditanya,dijawab,fikir la sendiri kau dah buat salah apa.oo..mungkin dia ingat orang lain boleh baca hati kita.mungkin dia ingat orang lain boleh baca fikiran kita.hebat.aku tabik dengan orang yg boleh baca fikiran orang lain.dan dalam kes lain sampai ada perasaan benci.padahal individu tersebut tak pernah buat salah kat kita.tapi disebabkan mulut orang lain,kita jadi terpengaruh.kalau kita benci kat orang,fikir balik.semua orang kat sekeliling kita ni suka sangat ke dgn kita?fikirkan.

manusia tidak pernah sempurna.aku tak fikir yang orang lain buat salah pada aku.sebab aku pun banyak buat salah pada orang lain.tapi disebabkan aku tak tahu nak baca hati dan fikiran orang lain,di sini aku ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala kesilapan yg pernah diri ini lakukan.kerana


MANUSIA TIDAK PERNAH SEMPURNA

Thursday, October 17, 2013

KAHWIN SEMASA BELAJAR: prosedur untuk pelajar tajaan JPA.

Assalamualaikum wbt

Tajuk entri kali ni sangat 'straight-to-the-point'.

lepas kahwin ni ramai jugak yang tanya.
"best tak kahwin?".
jawapan aku,
"awal-awal kawen ni mmg la best".
nape aku ckp awal-awal kawen?ye la,pengantin baru kn.gile x best.tapi bile dah lame sikit,orang mula tanye,
"perut ni dah ade isi ke belum?"
atau
"perut ni flat lg ke?"
atau
"kau dah uwek uwek ke belum?"
uwek uwek tu means muntah muntah ye kawan-kawan sekalian.soalan last tu lecturer aku yg tanya.hoho.

jawapan aku,belum sebab aku masih belajar.yup,x salah pn nak pregnant time belajar.tapi,harus di ingat.course aku melibatkan radiasi,x-ray and so on..
"tapi juru xray tu ade je yang pregnant time keje?"
itu sudah keje.aku ni,still students lg.susah untuk aku berklinikal nanti.sebab kalau da pregnant,x boleh masuk bilik OT dgn bilik fluoro.pergerakan aku pun akan jd terhad.macam mane aku nak kumpul kes?

kahwin mase belajar ni x la susah mane kalau kite tahu urus mase antara jadi isteri n students.aku di kira bertuah sebab husband and family aku sgt faham dgn situasi aku.dia x paksa aku sgt wat keje umah sbb die pn jenis yang tahu masak dan tahu buat keje rumah.note that,husband aku lg terer masak dr aku.

aku masih duduk kat umah sewa dekat dgn kampus.weekend je husband aku amek balik rumah.so,xde la hari-hari kami jumpe.tp ok jugak.baru la ade feeling-feeling rindu gitu.ahakz. 
" macam mane dgn study kau lepas kawen?"
beberapa minggu lepas aku kawen,aku ade final exam.alhamdulillah,result exam aku sem tu meningkat mendadak dari sem sebelum nye.mungkin sebab fikiran aku dah tenang.mungkin la.

"macam mane bole plan nak kawen mase belajar?"
aku x plan pn nak kawen mase belajar.kalau di ikutkan plan aku,aku nak kawen time umur aku 27 tahun sebab time tu aku fikir aku dah kukuh.kukuh dari segi kewangan dan emosi.maksud aku,aku dah lebih matang time tu.tp,ini la di namekan jodoh.aku pun x sangke boleh kenal dgn husband aku sekarang.dah la kenal kt ym je.pastu add kt facebook.sebelum ni,aku sgt x percaye dgn cinta siber.last-last,aku pulak yg terjebak.dah jadi suami dah pun.so,sekarang ni,dah percaye la.hihi.

kenduri kawen aku,mak ayah aku yg sponsor.tp bab barang hantaran,pelamin,baju pengantin sume gune duit aku sendiri.aku x keje part time pn nak beli barang tu sume.tp oleh disebabkan aku ade sifat berjimat cermat,aku simpan duit biasiswa aku dari aku sem 2 smpai la aku kawen.alhamdulillah,cukup.lebih dari cukup sebab aku buat majlis sederhana je.sekarang baru la aku bole menikmati duit biasiswa aku.

cakap pasal biasiswa,boleh ke students JPA kawen mase belajar?sedangkan dalam kontrak dah tertulis yg students x dibenarkan berkahwin.ayat x penuh tu.boleh berkahwin,tp dgn izin.so,aku pun isi borang ni.
macam mane nak dapatkan borang ni?aku call sendiri pejabat JPA.pegawai yg berkaitan bagi aku borang ni through emel.sekali dgn borang ni,aku kene hanta sekali surat kebenaran berkahwin dari penjamin (Ayah) dan result-result exam sebelum ni.lepas dah hantar borang ni,aku dapat surat kelulusan berkahwin yang ni

aku dapat surat kelulusan ni,sehari sebelum aku nikah.xpe la,asalkan dah diluluskan.xkn la diorang nak menidakkan jodoh.tak gitu?

lepas dah nikah,aku kena hantar borang ni,beserta dgn salinan sijil nikah aku untuk rujukan dan simpanan.
itu shj.aku nak isi jugak borang-borang td untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.

kalau nak citer pasal kawen masa belajar ni panjang berjela.takut nak termuntah pulak baca entri panjang cam ni.ok la,dah penat tulis.

assalamualaikum...

Wednesday, October 16, 2013

I'M BACK

assalamualaikum wbt..

da lame tak menconteng kat sini.its been 2 years i guess.banyak benda berlaku sepanjang 2 tahun ni.dari arwah opah meninggal (bulan 5 2012), sampailah arwah atuk pulak meninggal (15 jun 2012).pemergian arwah atuk memang x dijangka sebab sebelum ni arwah atuk nampak macam sihat.tapi selalu jugak dengar die batuk-batuk sambil tumbuk-tumbuk dada (petanda sakit jantung).

dari aku bujang/anak dara
sampai jadi tunangan orang
sampai la jd isteri orang

baru sekarang ade mood,masa and ingat password untuk tulis balik kt blog ni.

alhamdulillah,setelah 1 tahun 11 bulan berkawan,akhirnya kami mengikat tali pertunangan.dan setelah 7 bulan bertunang,kami dinikahkan oleh ayah ku sendiri pada 24 Mei 2013 di Masjid Jamek Ar-Rahimiah,Klang.Sekarang hampir 5 bulan kami menjalani kehidupan sebagai suami isteri.:).

Tapi,pada 21 Julai 2013,bapa mertua aku diserang stroke dan 2 bulan berada di ICU Pusat Perubatan Universiti Malaya.2 bulan kami berulang alik ke sana.dan ya, kami berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilitri di hospital.Setelah menjalani pembedahan sebanyak 3 kali (kalau tak silap) dan setelah lebih sebulan koma,akhirnya bapa mertua telah menghembuskan nafas terakhir pd 30 September 2013.

sedar tak sedar aku dah masuk tahun akhir pengajian.sekejap je masa berlalu.sekarang ni dah kena fokus pd FYP and x lupe juga pd suami.semoga aku terus diberi kekuatan untuk menghadapi hidup di bumi Allah ini.aminn



psst: post aku kalini memang xde kronografi.main tulis je.