Saturday, December 4, 2010

-Aku Anak Jawa-

Salam..
         Kalau nak tengok dari title aku kt atas,mesti korang ingat aku ni anak jawa kn?memang pun.tapi,bukan 'pure' la.dah campur dengan ayah aku yang berbangsa melayu.zaman kanak-kanak aku dulu, aku x amek tau pun pasal bangsa aku.ye la..time kecik-kecik kn,main je tau nye.huhu..bile aku dah masuk alam sekolah menengah,aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang majoritinye adalah berbangsa jawa.di situlah aku tau sikit-sikit pasal bangsa jawa.dan dari situlah aku mula tanya kat mak aku pasal kaum jawa ni.tapi, tak banyak la.sikit je.yang lain,aku cari dan baca sendiri.
       Dari namanya pun kita dapat tahu yang masyarakat jawa ni berasal dari kepulauan Jawa di Indonesia.mereka adalah imigran yang datang ke Tanah Melayu yang kebanyakkannya di jemput oleh pihak British untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam.antara hasil yang ditanam oleh masyarakat jawa adalah gambir dan lada hitam.antara kawasan yang mempunyai ramai penduduk masyarakat jawa adalah Batu Pahat.betul kn orang Batu Pahat?
       Kalau dari segi bahasa,mereka akan menggunakan bahasa jawa.kalau nak tanye aku,aku memang tak paham dan tak tahu berbahasa jawa.kalau orang nak tipu aku pakai bahase jawe memang aku angguk je la.family aku kat johor pun dah tak berbahasa jawe.mak aku cakap,time mak aku kecik-kecik dulu pun,bukannye selalu sangat cakap bahase jawe.tapi kalau didengar dari segi percakapn kawan-kawan aku yang berbangsa jawa,bunyi mereka agak kasar.tapi sebenarnya masyarakat jawa adalah halus dan sopan.mereka juga dikenali sebagai bangsa yang tertutup dan tidak berterus terang.sifat ini kononnya berdasarkan watak orang jawa yang ingin menjaga keharmonian dan keserasian dan menghindari konflik.kerana itulah mereka cenderung untuk diam jika terjadi perbezaan pendapat.tapi kalau nak tengok zaman sekarang ni,khususnya anak -anak muda yang sudah intelektual berani mengutarakan pendapat masing-masing.kalau aku pulak,aku lebih memilih untuk berterus terang kalau tak puas hati dengan sesuatu perkara...memang la biha.ko da campur!
        Untuk majlis perkahwinan,same je aku tengok dengan orang melayu.tapi kalau masyarakat jawa,mereka akan menghidangkan kuih-muih untuk tetamu yang datang.kalau kita tengok kat kenduri orang melayu,orang akan bagi bunge telor kn?kalau orang jawe,diorang bagi berkat (barokah).tu yang aku nampak la..korang penah dengar tak pasal nasi ambeng?aku pun baru tau pasal nasi ambeng ni mase aku sekolah menengah.aku pun baru sekali je makan nasi ambeng dengan sepupu-sepupu aku..nasi ambeng ni ade nasi(of coz la!)dan lauk-lauk yang lain(sebenarnye x ingat pun,huhu)ia dihidangkan di atas dulang dan konsepnye,makan beramai-ramai di atas 1 dulang.permuafakatan namenye.hehe...
           Banyak lagi sebenarnye amalan masyarakat jawa.dan banyak lagi yang aku tak tau.dan aku memang suke amek tau pasal bende-bende lame ni.














psst: melayu + jawa = melawa..hehe..ok x?

No comments:

Post a Comment