Friday, November 8, 2013

Tidak Pernah Sempurna

Assalamualaikum wbt.

aku tahu dan aku sedar.yang dunia ni tidak pernah adil.banyak persoalan dalam kepala.tapi persoalan tu memang tidak pernah akan terjawab.mungkin.apa yang aku fikirkan?

manusia berlagak tuhan.hanya fikir diri sendiri sahaja yang betul.hanya fikir diri sendiri sahaja yang teraniaya.hanya fikir diri sendiri sahaja yang fikir orang lain buat salah padanya.hanya fikir diri sendiri sahaja yang terasa atau sentap atas orang lain.hanya fikir orang lain sahaja yang cakap besar.hanya fikir orang lain sahaja yang malas.hanya fikir orang lain sahaja yang berkira.hanya fikir orang lain sahaja yang annoying.hanya fikir orang lain sahaja berlagak pandai.hanya fikir orang lain sahaja yang buat bising.hanya fikir orang lain sahaja yang menipu.haishh...banyak la.tak terkira.

kalau kita fikir macam tu,reflek balik pada diri kita.kita terasa dgn orang.pernah tak kita buat orang lain terasa?pernah tak kita bercakap macam kita shaja yang betul?pernah tak kita bercakap besar?pernah tak kita rasa malas?pernah tak kita buat orang lain annoyed?pernah tak kita berkira dgn orang?pernah tak kita buat orang lain x selesa?kalau anda cakap tak pernah,anda memang penipu.aku mengaku,aku selalu buat semua benda di atas.dan ya,aku juga berjumpa dgn ramai orang seperti statement di atas.tp sayangnya,ada yang x mengaku.tapi nak wat macam mana.dunia ni kan memang x adil.nasihat menasihati tu memang bagus.memang dituntut.tapi itu sekadar di facebook atau blog sahaja.kalau kita rasa orang tu buat salah pada kita,apa salahnya menegur secara berhadapan?oo...takut terasa.tapi kalau tulis kat facebook orang tu x terasa ke?

yang paling parah,kalau keburukan orang lain disebarkan ke orang lain sampai orang lain pandang serong terhadap individu itu.padahal individu tersebut clueless,tak tahu apa-apa.kalau ditanya,dijawab,fikir la sendiri kau dah buat salah apa.oo..mungkin dia ingat orang lain boleh baca hati kita.mungkin dia ingat orang lain boleh baca fikiran kita.hebat.aku tabik dengan orang yg boleh baca fikiran orang lain.dan dalam kes lain sampai ada perasaan benci.padahal individu tersebut tak pernah buat salah kat kita.tapi disebabkan mulut orang lain,kita jadi terpengaruh.kalau kita benci kat orang,fikir balik.semua orang kat sekeliling kita ni suka sangat ke dgn kita?fikirkan.

manusia tidak pernah sempurna.aku tak fikir yang orang lain buat salah pada aku.sebab aku pun banyak buat salah pada orang lain.tapi disebabkan aku tak tahu nak baca hati dan fikiran orang lain,di sini aku ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala kesilapan yg pernah diri ini lakukan.kerana


MANUSIA TIDAK PERNAH SEMPURNA

No comments:

Post a Comment